Perkhidmatan Lengkap Untuk Urusan Penting Anda

Kami sedia membantu urusan pendaftaran, penyusunan fail rasmi, pembaharuan lesen serta pemasaran produk dengan teliti, teratur, dan mengikut prosedur.

12 Bidang Perkhidmatan Sedia Ada

Penyelesaian praktikal bagi memudahkan urusan dokumentasi, pematuhan lesen operasi dan pembangunan perniagaan anda secara teratur.

Penyediaan Dokumen Sokongan Dan Panduan Pematuhan Undang-Undang Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia

Penyediaan Proposal Dan Kertas Kerja Bagi Tujuan Perniagaan, Kerjasama, Dan Pelaksanaan Projek

Urusan Pendaftaran Fomema, Insurans, Pas Khas Dan Pembaharuan PLKS

Kami membantu majikan menyediakan, menyemak dan menyusun dokumen sokongan bagi urusan dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Dokumen yang boleh kami bantu sediakan termasuk kontrak perkhidmatan, daftar pekerja, rekod kehadiran, rekod cuti, slip gaji dan rekod pengiraan kerja lebih masa, mengikut keperluan setiap urusan.

Kami membantu majikan mendaftarkan pemeriksaan kesihatan FOMEMA dan menyelaras urusan perlindungan insurans. Kami turut membantu menyemak dan menyediakan dokumen sokongan bagi permohonan Pas Khas serta pembaharuan (Pas Lawatan Kerja Sementara) (PLKS).

Urusan Pendaftaran Atau Bayaran Caruman KWSP Dan PERKESO Serta Panduan Pematuhan Undang-Undang Berkaitan

Penyediaan Profil Syarikat Dan Pembangunan Laman Web Bagi Syarikat/Perniagaan Serta E-Mel Rasmi

Urusan Pendaftaran, Pembaharuan Dan Lain-Lain Urusan Berkaitan SSM

Kami membantu majikan menyediakan dokumen bagi pendaftaran KWSP dan PERKESO, mengemas kini maklumat pekerja serta mengurus bayaran caruman. Kami turut memberi panduan tentang tanggungjawab majikan berkaitan caruman, termasuk cara menyemak kadar dan tarikh akhir bayaran yang terpakai serta menyimpan rekod caruman.

Kami menyediakan profil syarikat yang memperkenalkan latar belakang, pengalaman dan perkhidmatan perniagaan. Kami turut membangunkan laman web untuk memudahkan pelanggan melihat maklumat perkhidmatan dan menghubungi syarikat, serta membantu menyediakan alamat e-mel rasmi menggunakan domain perniagaan.

Kami membantu pelanggan mengurus pendaftaran baharu, pembaharuan pendaftaran dan pengemaskinian maklumat perniagaan secara dalam talian melalui portal Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Kami turut menyemak dokumen sokongan dan membimbing pelanggan mengisi borang serta menghantar permohonan melalui portal yang berkaitan.

Pengurusan Dokumen Dan Lain-Lain Urusan Berkaitan Penginapan Pekerja

*Urusan Pendaftaran Dan Pembaharuan Sijil Dan Lesen Berkaitan Kontraktor

*Urusan Pembaharuan Cukai Jalan Dan Perlindungan Takaful Kenderaan

Kami membantu majikan menyediakan dan menyemak dokumen penginapan pekerja, termasuk maklumat premis, rekod penghuni dan dokumen sewaan. Kami turut membantu majikan mengemukakan permohonan Perakuan Penginapan di bawah Akta 446 dan membuat susulan status kelulusan dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Kami membantu kontraktor menyediakan dokumen bagi pendaftaran dan pembaharuan CIDB (PPK G1–G7), SPKK, Sijil Taraf Bumiputera dan Kad Hijau, serta permohonan penilaian SCORE. Kami turut membantu urusan pendaftaran MOF, Sijil Digital ePerolehan, permit SPAN dan pendaftaran vendor TNB, mengikut skop kerja dan keperluan permohonan.

Kami membantu pelanggan memperbaharui cukai jalan dan mendapatkan sebut harga perlindungan takaful kenderaan. Kami menyemak maklumat pemilik dan kenderaan, membantu pelanggan memahami pilihan perlindungan yang ditawarkan serta menyelaras dokumen yang diperlukan untuk pembaharuan.

Menjual Dan Memasarkan Produk Kesihatan Dan Kecantikan

*Urusan Penyediaan Akaun Perniagaan Dan Urusan Cukai LHDN

Urusan Pembukaan Akaun Pelaburan Patuh Syariah, Penyelarasan Dokumen Serta Panduan Penggunaan Platform

Kami menjual dan memasarkan produk kesihatan dan kecantikan untuk penjagaan diri harian. Kami membantu pelanggan mendapatkan maklumat tentang pilihan produk, kandungan dan cara penggunaan seperti yang tertera pada label, serta harga dan cara membuat tempahan.

Kami membantu pelanggan memfailkan resit dan invois, menyusun rekod jualan serta perbelanjaan, dan menyediakan penyata untung rugi perniagaan. Bagi urusan cukai LHDN, kami membantu menyusun dokumen untuk pengemukaan borang nyata serta membimbing pelanggan menyemak baki cukai dan Nombor Bil di MyTax, membuat bayaran melalui ByrHASiL .

Kami membantu anda menyediakan dokumen, melengkapkan permohonan dan memahami langkah pengesahan identiti. Selepas akaun diaktifkan, kami tunjukkan cara mencari maklumat status Syariah sesuatu produk, menyemak caj transaksi dan memuat turun penyata akaun.

Kami membantu majikan menyediakan, menyemak dan menyusun dokumen sokongan bagi urusan dengan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM). Dokumen yang boleh kami bantu sediakan termasuk kontrak perkhidmatan, daftar pekerja, rekod kehadiran, rekod cuti, slip gaji dan rekod pengiraan kerja lebih masa, mengikut keperluan setiap urusan.

Perlukan Bantuan Menguruskan Dokumen Anda?

Pasukan penasihat kami sedia membimbing urusan pendaftaran, pemfailan dan promosi perniagaan anda dengan telus serta teratur.